SKBA menuju kecemerlangan.

1Murid 1Sukan di SKBA

Dedikasi Teras Kejayaan

Murid-murid SKBA

SKBA sentiasa di mercu kejayaan

SKBA yang megah

Kami bangga menjadi warga SKBA..Terima kasih SKBA..SKBA mesti Boleh!

Tuesday 1 August 2017

Pameran Sains



Seramai 30 orang murid bersama 3 orang guru SK Bakar Arang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke SMK Sg.Layar pada 2 Ogos 2017.

Kemenangan SKBA di Pertandingan Koakademik Bahasa Tamil Peringkat Negeri Kedah 2017


SK Bakar Arang menjadi Juara dalam Pertandingan Koakademik Bahasa Tamil Peringkat Negeri Kedah 2017. Seramai 5 orang murid telah menjadi Juara dalam pelbagai pertandingan. SK Bakar Arang mencapai kemenangan dalam 9 acara yang dipertandingkan. Syabas SKBA!

Jamuan Hari Raya di SKBA


SK Bakar Arang telah mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah pada 6 Julai 2017.
Pelbagai program nyanyian lagu karaoke, persembahan murid memeriahkan lagi sambutan tersebut.

Lawatan Dettol


Dettol telah mengadakan pameran di SK Bakar Arang dan menghadiahkan banyak sampel pencucui Dettol kepada semua guru dan juga murid. Terima kasih Dettol..

Mesyuarat Agung PIBG bersama YB Senator Dato Shahanim bt Mohamad Yusoff


Pada 19 Mac 2017, SK Bakar Arang telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15. Ahli Dewan Negara YB Senator Dato Shahanim binti Mohamad Yusoff telah hadir untuk memeriahkan Majlis tersebut.

Kebitaraan Sekolah


Sekali lagi SK Bakar Arang mencipta rekod dalam Pertandingan Karate-Do Kategori Terbuka di Dewan Kolej Insaniah, Kuala Ketil. Tahniah kepada para pemenang!

Jom minum MILO!!





Senamrobik bersama Milo telah dianjurkan oleh Nestle Sdn.Bhd di SK Bakar Arang. Muridmurid dan para guru telah menyertai senamrobik dan minum minuman percuma Milo