SKBA menuju kecemerlangan.

1Murid 1Sukan di SKBA

Dedikasi Teras Kejayaan

Murid-murid SKBA

SKBA sentiasa di mercu kejayaan

SKBA yang megah

Kami bangga menjadi warga SKBA..Terima kasih SKBA..SKBA mesti Boleh!

Sunday 24 July 2016

Taklimat Menjawab Sains UPSR


Pada 23 Julai 2016, Taklimat Menjawab Sains UPSR telah diadakan di Dewan Sarjana. Semua murid UPSR menyertai taklimat ini.

Wednesday 20 July 2016

Teknik Menjawab Matematik UPSR 2016


Pada 21 Julai 2016, murid-murid Tahun 6 SK Bakar Arang telah menyertai Teknik Menjawab Matematik UPSR 2016. Penceramah jemputan Pn. Rasyadah dari SK Gurun Pusat telah menjelaskan pelbagai teknik untuk menjawab soalan Matematik UPSR yang akan bermula tidak lama lagi.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SK Bakar Arang telah diadakan pada 20 Julai 2016. Semua murid, guru dan juga staf sekolah turut memeriahkan sambutan di peringkat sekolah ini. Murid-murid Tahap 1, Pra Sekolah dan juga Pendidikan Khas telah menyertai Pertandingan Mewarna. Manakala murid-murid Tahap 2 pula menyertai Pertandingan Mereka Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri. Murid-murid yang berjaya telah diberikan pebagai jenis hadiah.

Sunday 17 July 2016

Program Peningkatan UPSR


Baru-baru ini SKBA telah menganjurkan program peningkatan murid-murid Tahun 6. Pakar bagi setiap subjek telah memberikan pelbagai bimbingan dan juga motivasi bagi murid-murid yang bakal menduduki UPSR.

Program Membara






Pihak Kerajaan Negeri Kedah telah mengadakan lawatan ke SK Bakar Arang yang bertema "Kembali ke Sekolah". Semua murid Tahun 1 telah diberi bimbingan dan juga sumbangan.

Siri Jelajah Yogurt & Akhbar Didik


Baru-baru ini Pihak Yeos dan Berita Harian telah mengadakan lawatan ke SKBA. Tujuan lawatan pihak Yeos adalah bagi memperkenalkan minuman Yogurt keluaran terbaru. Manakala pihak Berita Harian pula mempromosikan akhbar Didik di kalangan guru dan juga murid khususnya murid-murid Tahun 6.

Tuesday 12 July 2016

Aplikasi Sync


Aplikasi Sync di SKBA



Pihak sekolah menggunakan Sync sebagai sistem e-komunikasi rasmi sekolah. Ibu bapa, guru-guru serta murid-murid disarankan untuk memuat turun Aplikasi 'Sync School Messaging' agar tidak ketinggalan dalam mendapatkan informasi penting dari pihak kami.

Sila klik link berikut untuk download :-
http://edu.sync.my/KBA3050
Kata carian nama sekolah di aplikasi Sync ialah : SK BAKAR ARANG

Brochure Sync (How to install)
http://edu.sync.my/brochure



Cara Untuk 'Install'

1. Nombor HP



  • Masukkan nombor HP dan tekan 'next'.
  • Anda akan terima kod 6 digit melalui SMS.
  • Masukkan kod tersebut untuk aktifkan akaun anda.


2. Pilih Sekolah



  • Cari nama sekolah berdasarkan kata kunci, contoh 'SK BAKAR ARANG'.


3. Pilih Profil



  • Pilih jenis profil anda: Ibu bapa, Guru ataupun Pelajar.
  • Pilih Tahun (Darjah/Tingkatan) dan tekan 'Sync'.

Bukan Pengguna 'Smart Phone'?



Sunday 10 July 2016

Selamat Kembali ke Sekolah

Sesi persekolahan penggal ke-2 bermula 12.06.2016- 08.09.2016