Wednesday 20 July 2016

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SK Bakar Arang telah diadakan pada 20 Julai 2016. Semua murid, guru dan juga staf sekolah turut memeriahkan sambutan di peringkat sekolah ini. Murid-murid Tahap 1, Pra Sekolah dan juga Pendidikan Khas telah menyertai Pertandingan Mewarna. Manakala murid-murid Tahap 2 pula menyertai Pertandingan Mereka Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri. Murid-murid yang berjaya telah diberikan pebagai jenis hadiah.

0 comments:

Post a Comment